Selasa, 27 Jun 2017

Rupanya Cantik, Bentuknya Menarik, Tetapi Awas Objek Ini Boleh Membunuh Anda

Apabila anda bercuti di pantai, keindahan pelbagai hidupan laut merupakan satu perkara yang membawa ketenangan.

Ikan, desiran pasir, ombak mahupun kerang merupakan satu keindahan yang yang sering dinikmati.


Di tepi pantai, terdapat satu objek yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai warna yang unik.

Tetapi, awas! Objek ini bukan sebarang objek tetapi merupakan haiwan pembunuh.

Haiwan ini bernama Portugese Man of War atau nama saintifiknya Physalia sp. Haiwan ini dianggap sebahagian daripada keluarga obor-obor tetapi sebenarnya haiwan ini merupakan kumpulan organisma yang bergabung menjadi satu.

Organisma yang bergabung ini mempunyai tugas berbeza dalam satu badan iaitu untuk memakan, reproduksi, terapung dalam air, dan mencari makanan.

Man of War mempunyai mempunyai sesungut, sengatan tersembunyi, dan 30 kaki.
 
Kecil-kecil cili padi. Walaupun haiwan ini amat kecil tetapi lebih bahaya daripada obor-obor.
 
Jika anda terkena sengatan Man of War, bintik-bintik kemerahan timbul daripada badan anda, berisiko lumpuh, dan boleh membawa maut.
 
Haiwan ini banyak dijumpai di Launtai Hindi dan Lautan Pasifik malah pernah dijumpai di beberapa pantai di Malaysia.

Di beberapa pantai yang mempunyai haiwan ini, pihak berkuasa telah meletakkan tanda amaran untuk tidak mendekati haiwan berbahaya ini.
 
Seandainya anda ternampak haiwan ini, jauhkan diri, keluarga dan rakan-rakan anda daripada mendekatinya. Ramai pengunjung tertipu dengan kecantikannya yang akhirnya memakan diri.
 
Dapatkan rawatan di hospital atau klinik dengan kadar segera sekiranya anda terkena sengatan haiwan berbahaya ini.
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...