Ya, anda akan kelam kabut,mungkin berteriak sesama ahli keluarga, mencari lampu suluh atau lilin, kemudian anda akan memeriksa telefon, cuba untuk mengetahui perkhabaran semasa, apakah yang telah berlaku di sekitar anda sambil menjeling ke arah ikon bateri telefon setiap beberapa saat atau minit.
Seluruh rutin anda akan terganggu. Tiada TV, tiada kipas, tiada bunyi mesin basuh, tiada apa. Tetapi selagi anda tahu apa yang perlu dilakukan, ianya tidaklah menjadi gangguan besar kepada anda.
Apabila bekalan elektrik tiada, perkara-perkara berikut harus dilakukan untuk menenangkan keadaan, mententeramkan keluarga,anak-anda anda dan disamping itu sekaligus menjadikan ketiadaan bekalan elektrik lebih boleh diterima. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
1.Ambil/cari sumber cahaya yang terdekat – Cari atau ambil peralatan yang mempunyai cahaya yang cukup untuk keadaan sekitar terutama sekitar anak kecil sebelum anda teruskan denagn mencari sumber cahaya yang lebih boleh diharap. Contoh nya seperti telefon bimbit, mancis atau pemetik api. Kemudian barulah anda teruskan dengan mencari lilin atau lampu suluh dan sebagainya.
3.Keluar dari rumah anda dan lihat kejiranan – Ini adalah untuk memberi anda idea tentang bagaimana luasnya gangguan bekalan elektrik yang berlaku ketika itu. Lihat kejiranan anda sama ada mereka juga mengalami perkara yang sama atau tidak. Tegur atau nasihat anak-anak anda supaya duduk setempat demi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang ketiadan bekalan elektrik kerana kemalangan mudah terjadi ketika itu.
4.Pastikan peti ais dan peti simpanan makanan beku anda ditutup dengan rapat – Makanan di dalam peti sejuk akan kekal sejuk selama 4 jam tanpa bekalan elektrik dan makanan dalam peti beku akan bertahan sehingga 24 jam. Setelah makanan dalam peti sejuk mencair, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk makan sebelum ia menjadi isu keselamatan makanan.
5.Cabut semua peralatan elektronik – Ini termasuk komputer anda, komputer riba, tablet, sistem permainan, telefon bimbit, dan lain-lain. Apa sahaja yang mempunyai komponen elektronik yang sensitif perlu dicabut untuk melindunginya daripada lonjakan kuasa apabila bekalan elektrik kembali.
6.Kunci pintu dan tingkap rumah – Ketika bekalan elektrik terputus, ini adalah peluang & situasi yang sempurna untuk pencuri memasuki rumah anda. Sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan bunyi disekitar rumah anda. Pastikan rumah, keluarga & anak-anak anda dalam keadaan selamat.
Jadi,itulah perkara-perkara yang harus anda lakukan jika bekalan elektrik terputus. Fikir dengan rasional/waras dan ambil masa untuk bertenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan