Selasa, 6 Jun 2017

Hikmah Berpuasa Bagi Seorang Muslim dan Muslimah

Dalam masa kita berpuasa ini pasti akan mengeluarkan rasa lapar tidak kira melalui lisan atau pun pergerakan mahupun dalam hati. Dan lebih-lebih lagi anak-anak kecil yang selalu kita dengar akan berkata “Laparlah”. Kita pun jawab “sabarlah”. Lapar adalah satu ujian Allah ketika puasa.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-baqarah:155)

Lapar adalah ujian Allah. Kita kenyang adalah pemberian Allah. Ada orang makan sampai tiga pinggan tapi tak kenyang-kenyang. Ada orang yang makan sikit tapi Allah bagi dia rasa kenyang. Inilah kehidupan di dunia. Kehidupan di syurga tiada perasaan lapar dan dahaga. Kalau tuan-tuan rujuk dalam surah Taha Allah berfirman:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى (116) فَقُلْنَا يَا آَدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى (117) إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَى (118)
Dan (Ingatlah) ketika kami Berkata kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, Maka mereka sujud kecuali iblis. ia membangkang. Maka kami berkata: “Hai Adam, Sesungguhnya Ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, Maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang,(Taha:116 – 118)

Kehidupan dalam neraka Allah akan rasakan lapar dan dahaga kepada punghuninya
لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ (6) لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ (7)
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.(al-qhasiah:6 – 7)

Di Malaysia alhamdulillah aman damai lagi sejahtera. Cukup makan dan segalanya. Ada kawan penulis muat naik gambar tiga orang hamba Allah kurus kering sampai kelihatan tulangnya.
Mereka diuji dengan ujian lapar. Banyak lagi di negara lain yang tak cukup makan. Kita tak tahu apa yang berlaku di Iraq, Yaman. Palestin dan lain-lain. Seorang Somalia bertanya dalam salah satu rancangan TV.

“Sahkah puasaku dalam keadaan sahur tak makan dan buka puasa pun tanpa makan.”
Wahai sahabat-sahabatku, nikmat manakah yang kamu ingin dustakan?

Sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kita boleh hidup dengan aman damai sedangkan di negara luar makan pun sukar, sahur pun tiada. Kutip roti dan makanan basi di lantai.
Letakkan sifat syukur dalam diri untuk sentiasa ingat masih ramai diluar sana yang tidak cukup makan walaupun ketika mereka sedang menghadapi waktu berbuka puasa.

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...