Tahukah anda bahawa air halia panas amat sesuai diminum bagi wanita
yang dah berkahwin. Hirisan halia ini dimasukkan dalam air putih, teh
atau direbus bersama bahan lain, di mana peminat air halia panas akan
mendapat banyak khasiat darinya. Ia bukan saja membantu melangsingkan
tubuh, ia juga membuang angin dalam badan malah menguatkan sistem
pertahanan tubuh badan daripada penyakit.
Wanita yang dah berkahwin juga mendapat manfaat tersendiri dari minuman ini. Jadi jika belum mengamalkannya, boleh mulakan dari sekarang juga. Antara khasiatnya ialah
1. TURUNKAN BERAT BADAN
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan jadi ia amat sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia juga turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Secara logiknya, sedikit kalori diambil dan banyak kalori dibakar maka berat badan akan lebih cepat turun.
2. ATASI MASALAH PENCERNAAN
Cubalah minum air halia panas ketika perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan. Ia boleh reda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
3. HILANGKAN LOYA KETIKA HAMIL
Rasa loya atau mual sama ada kerana mabuk laut dan kehamilan boleh diatasi dengan Minum air halia. Apabila meneguk minuman ini otot-otot perut akan relaks dan melenyapkan rasa mual.
4. SISTEM IMUN TUBUH MAKIN KUAT
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
5. MENGHANGATKAN RANJANG
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, maklumat ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ pembiakan. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya. Bagi yang sudah mengamalkannya tahniah diucapkan. Amalkanlah selalu untuk kesihatan kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan