Selasa, 18 Julai 2017

INILAH 8 DOSA YANG BANYAK DILAKUKAN OLEH ISTERI PADA SUAMI TANPA SEDAR

Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah perkara biasa saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.
Semoga 10 senarai dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita elakkan agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.

1. Menafikan kebaikan suami
Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.
Para sahabat bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?
Rasul menjawab: (Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia berkata, Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.

2. Tidak menghormati keluarga suami
Seorang suami harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian isteri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua orang tua suami. Jangan sampai isteri memonopoli suaminya sehingga ibu dan bapanya sendiri tak boleh mendapatkan hak mereka terhadap anak lelakinya.
Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?
Rasulullah menjawab, Suaminya (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki? Rasulullah menjawab, Ibunya (HR. Muslim)
Seorang sahabat, Jabir ra menceritakan: Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, dia berkata, Ya Rasulullah, saya mempunyai harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?
Rasulullah menjawab, Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. (HR. Ibnu Majah dan At-Thabrani).

3. Keluar rumah tanpa izin suami
Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.
Seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.
Hadis di atas berkaitan dengan semua bentuk safar. Wallahu alam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)

4. Menolak ajakan suami berhubungan
Rasulullah saw bersabda: Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya kemudian dia menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga subuh. (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).

5. Berhias bukan untuk suami
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu (QS. Al-Ahzaab: 33)

6. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami
Tak kurang ramai isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.
Abu Dzar Radhiyallahu Anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Ada tiga kelompok manusia di mana Allah tidak akan bercakap dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.
Abu Dzar radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali. Lalu Abu Zar bertanya, Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. [HR. Muslim]

7. Membangkang terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya (Tafsir Al Quran Al Azhim, 4: 24).
Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (QS. An Nisa: 34).

8. Menggugat cerai tanpa alasan syari
Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa keadaan mendesak maka haram baginya bau syurga (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).

Astaghfirullah, semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.
Sumber: Aliffchannel.com

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...