Membasuh tangan atau mandi menggunakan sabun merupakan cara kita
untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada badan seperti sel mati,
habuk, minyak dan sisa peluh. Jika kita tidak membersihkan sabun
tersebut sebersih-bersihnya dari badan, ia juga sebenarnya boleh
menyediakan tempat bagi bakteria membiak pada kulit kita. Kebanyakan
sabun sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri antiseptik dan ia tidak
dapat membunuh pelbagai jenis bakteria yang bahaya.
Bagaimanapun kita seharusnya membilas sabun sebersih-bersihnya setiap kali selepas digunakan bagi mengelakkannya dari menjadi tempat pembiakan bakteria berbahaya pula. Seeloknya gunakan sabun cecair di dalam bekas sabun yang menggunakan pam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan