Adakah Ikan Minum?
Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan
air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai
sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin
akibat tabiatnya meminum air laut.
sekadar gambar hiasan
Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan
garam daripada air laut yang diminum. Kelebihan ikan adalah ia mempunyai
sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai‘ioncytes’ di dalam
insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada
badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan
mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air!
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan