Gangguan
seksual merupakan perilaku yang tidak diingini yang bersifat seksual
yang menyebabkan mangsa menjadi trauma dan terseksa. Perilaku gangguan
seksual di tempat kerja adalah tidak terhad kepada tanggungjawab
pekerjaan sahaja. Selagi mana mangsa boleh membuktikan bahawa gangguan
seksual telah berlaku, isu lokasi kejadian adalah tidak relevan.
Gangguan seksual boleh terjadi pada mana-mana jantina, di mana sahaja sama ada secara langsung dengan kahadiran pengganggu dan mangsa atau secara maya contohnya melalui emel atau sistem pesanan ringkas (sms).
Pada kebiasaannya, pengganggu seksual akan meminta balasan dalam bentuk seksual sama ada ia berhubung langsung dengan kerja mahupun tidak menyebabkan mangsa tertekan, gelisah, marah, terjejas kesihatan dan emosi, hilang pertimbangan dan dalam senario paling buruk boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.
Bentuk – bentuk gangguan seksual :
Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis, iaitu:-
1) Gangguan Secara Lisan :
Sebagai contoh melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
2) Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan :
Sebagai contoh pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
3) Gangguan Visual :
Contohnya, menunjukkan bahan – bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.
4) Gangguan Psikologi :
Contohnya, mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

5) Gangguan Fizikal :
Contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Jadi kepada semua tak kira wanita ataupun lelaki, anda dinasihati agar berhati-hati dan sentiasa menjaga diri agar gangguan seksual ini tidak berlaku kepada diri anda.
Khidmat dan Nasihat ini dibawakan oleh Kementerian Sumber Manusia -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan