Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk, dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat.
Firman Allah di dalam Al-Quran:
Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Israa' 17:32)
Berbuat zina (jahat), adalah perbuatan keji sekali, kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpama "penyakit perempuan", Aids dan lain-lainnya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu, maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya.
Sememangnya perbuatan zina itu tersangat kotor, sehingga Tuhan memerintahkan kepada Kejayaan Islamiyah supaya yang berzina itu dijalankan hukuman 100 dera (pukulan) sebagaimana tersebut dalam kitab suci Al-Quran:
Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum
agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)
Di dunia ini sahaja sudah begitu hebat kutuk dan dera yang akan diterima oleh penzina itu, apatah lagi hukuman dan balasan Allah kelak di Hari Akhirat. Menurut yang sering dijelaskan oleh mubaligh-mubaligh dalam pandangan yang diperlihatkan kepada Nabi saw sewaktu baginda Isra', iaitu baginda melihat beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu otomatis tangannya mengambil dan meratah pada bngkai daging busuk itu sahaja, dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya.
Ini sebagai simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal, tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram. Bagi yang belum kahwin, masih ada jalan ang baik iaitu bernikah, tetapi tidak mahu, lebih suka bergaul bagaikan kambing sahaja keduanya. Dan juga dalam perjalanan Isra' itu, Nabi melihat suatu gerombolan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan ke atas mereka.
Sumber & Detail : http://khadamilmu.blogspot.com/2013/...rana-zina.html
1 ulasan:
Setan tiada kenal lelah dan berhenti untuk merayu membisiki manusia agar mengerjakan perbuatan yang haram. Setan memang cerdik, kuat, dan sakti sehingga banyaklah manusia yang mengikuti ajakannya.
Catat Ulasan