Isnin, 15 Januari 2018

Sejarah Ferris Wheel

Pada masa dahulu, Ferris Wheel boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui, namun pada masa kini, dengan bilangan peminat Ferris Wheel yang semakin meningkat, ia mudah di dapati di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai contohnya seperti taman tema dan fun fair berdekatan korang..Walaubagaimana pun, korang tahu tak bila Ferris Wheel ni wujud? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..



Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World's Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World's Fair mereka.


George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.


Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.


Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.










p/s: Punca sebab nak lawan dengan Perancis je, Ferris Wheel jadi terkenal di seluruh dunia..dan now di semua LEGOLAND

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...