Selasa, 20 Februari 2018

Kenal Pasti Tanda - Tanda Serangan Sakit Jantung

Jantung adalah pertahanan terakhir tubuh selain otak yang menentukan kehidupan seseorang. Jika aliran darah tidak lancar boleh menyebabkan stroke dan kematian.
Laporan Health Priorities WHO mendedahkan pada tahun 2004 kadar kematian yang paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah serangan sakkit jantung. Tidak hairanlah penyakit jantung masih menjadi pembunuh senyap yang menakutkan. Tapi masyarakat kurang mengenali gejala penyakit ini.
Berdasarkan kajian dari MiDAS di Milan, Itali tahun 2006 lalu, lebih kurang 52% penderita penyakit jantung tidak mengeluh sakit dada atau sering disebut dengan silent ischemia.
Penyakit jantung adalah penyakit akibat pembuluh darah arteri koroner tersumbat, iaitu pembuluh darah yang mengalirkan darah dengan membawa zat makanan dan oksigen yang diperlukan otot jantung agar boleh berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.
Jantung manusia mengepam darah ke seluruh tubuh secara tetap iaitu lebih kurang 4-5 liter darah setiap minit. Oleh sebab itu jika aliran darah tersebut tidak lancar boleh mengakibatkan kerosakan otot jantung yang menyebabkan gangguan pam jantung (stroke) dan kematian.
Rasa sakit yang terasa di bahagian kiri dada adalah akibat kurangnya oksigen yang dialirkan ke otot jantung kerana penyempitan tersebut.
Lima tanda atau gejala penyakit jantung (serangan jantung) yang sering terjadi adalah:
1. Rasa tertekan (dada terasa seperti ditimpa beban, sakit, tersepit dan terbakar) yang menyebabkan sesak nafas dan tercekik di leher.
2. Rasa sakit ini boleh menjalar ke lengan kiri, leher dan punggung.
3. Rasa sakitnya boleh berlangsung lebih kurang 15-20 minit dan terjadi secara terus menerus.
4. Timbul peluh dingin, tubuh lemah, jantung berdebar dan bahkan hingga pengsan.
5. Rasa sakit ini boleh berkurang semasa sedang berehat, tapi akan bertambah teruk jika sedang melakukan aktiviti.
Pemicu serangan jantung antara lain senaman yang berlebihan, marah yang mengeluarkan banyak emosi atau kegiatan lain yang dilakukan secara berlebihan.
Walaupun demikian, pengesanan awal dan rawatan cepat semasa terjadinya serangan boleh mencegah dari bahaya kematian dan stroke di kemudian hari.
Salah satu cara yang boleh menangani penyumbatan pembuluh darah adalah dengan angiografi koroner. Prosedur pemeriksaan ini menggunakan sinaran X (X-ray) yang bertujuan memeriksa struktur pembuluh darah jantung, ruang jantung, katup jantung dan otot jantung dengan kamera khas.
Sehingga kini pemeriksaan tersebut masih menjadi standard untuk melihat bahagian-bahagian pembuluh darah yang tersumbat kerana ia memiliki tingkat ketepatan paling tinggi iaitu mendekati 100 percent.
Namun bukan bererti penyakit ini tidak boleh dicegah, ada dua cara pencegahan yang boleh dilakukan agar terhindar dari penyakit jantung iaitu pencegahan primer dan pencegahan sekunder.
Pencegahan utama, iaitu berusaha agar terhindar dari penyakit jantung sebelum dikesan tapi terdapat faktor risiko dari faktor keturunan atau memiliki diabetes.
Pencegahan kedua, iaitu pencegahan dari seorang penderita penyakit jantung agar terhindar berulangnya tersumbatnya pembuluh darah kembali. Perkara yang harus dilakukan adalah mengawal kadar lemak darah kolesterol, menjaga tekanan darah agar terkawal, berhenti merokok, menghindari makanan berlemak, cukup makan sayur dan buah, bersukan secara teratur, mengurangi berat badan serta stress.
Sumber: HairanBlog melalui isuhangat

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...