Khamis, 15 Februari 2018

Kesan Ketagihan Pornografi

Mari kita lihat bersama-sama kesan2 ketagihan pornografi inidan menghayatinya dengan sebaik mungkin.Ini kerana pornografi tidak kira dalam bentuk gambar mahupun video,sangatlah berleluasa dam amat mudah didapati dalam internet sekarang ini,tidak lagi seperti dahulu.Ianya terlalu terbuka dan terdedah hinggakan sesiapa pun termasuk kanak2 boleh melayarinya.Wabak ini sudah terlalu kronik sebenarnya.

Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dahulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio,Amerika Syarikat,Donald L.Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...