Pada 13 Disember 1937, tentera Imperial Jepun telah menggempur bandar Nanking, China. Dalam masa 6 minggu mereka telah membunuh dan menyembelih orang awam berbangsa China. Lebih 300,000 orang telah di bunuh dan 20,000 orang wanita telah di rogol dengan kejam.
Rakyat China tidak semudah itu di bunuh tetapi mereka di seksa,di hina dan di rogol. Tentera Jepun menggunakan pelbagai cara untuk membunuh. Antaranya :
a) Mereka menghambat rakyat China ke Sungai Yangtze dan melepaskan tembakan machine-gun.
b) Mencurah petrol dan menembak mangsanya.
c) Mencungkil keluar mata kemudian di bakar mangsa hidup2.
d) Diikat di tiang dan di campakkan bom tangan hingga badan mangsa berterbangan.
e) Di curah asid sehingga daging hancur luluh.
f) Di tusuk dengan tombak berulangkali sehingga mati.
g) Jantung di korek keluar.
h) Setengah wanita di tumbuk di bahagian kemaluan dan di tusuk objek lain sehingga mati.
i) Bayi dan kanak-kanak di rebus dengan air panas sehingga mati.
j) Di pancung kepala.
k) Di sumbat beramai-ramai ke dalam rumah dan di bakar.
Pemerintah tentera Jepun juga menganjurkan pertandingan bunuh terbanyak khusus untuk tentera Jepun. Kadang2 angka kematian mencecah 500 orang untuk 1 pertandingan. Apa yang lebih menarik jumlah kematian dalam pertandingan ini akan di kemaskini setiap hari di akhbar Jepun.
Tentera Jepun juga menjadikan rakyat China ini sebagai ujikaji dalam bidang perubatan. Rakyat China ini di sumbat dalam bilik tekanan udara sehingga bebola mata tersembol keluar.Melepaskan gas beracun dan bakteria pembunuh. Wanita mengandung pula di keluarkan janin dan di masukkan dalam balang.
20,000 orang wanita di rogol dan dibunuh, tragedi ini juga di kenali sebagai "Rape of Nanking". Pegawai tentera Jepun menggalakkan anah buah mereka merogol siapa sahaja yang mereka suka. Salah seorang pegawai memberitahu askarnya,"Untuk mengelakkan masalah...bunuh mereka selepas anda rogol." Sesetengah mangsa rogol di robek perutnya dan payudara di potong. Mana yang cantik dan seksi di simpan di bilik khas sebagai pemuas nafsu sepanjang hari. Dalam satu kejadian, seorang ibu,2 anak perempuannya,dan bayi satu tahun di rogol di rumah mereka kemudian di bunuh.
Tentera Jepun akhirnya keluar dari China bila USA menggugurkan bom atom ke Hiroshima dan Nagasaki.
Begitulah kekejaman yang di lakukan oleh tentera Jepun terhadap rakyat China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan