Jumaat, 2 Mac 2018

~Bahaya Penggunaan Microwave~


Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?

Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang. Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.

Cara Masak Melawan Fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak, tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.

KGM Pengancan Nyawa

KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.

Makanan Jadi Toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini “dipaksa” berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan Tidak Kenal Makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan KGM bukan radiasi yang terhasil tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan betindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap “makanan mati” atau badan mengumuhkannya dengan pantas.

Sungguh pun telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan KGM, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperolehi daripada penjualannya yang berlipat ganda.


Penemuan Mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan KGM dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidamt di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan KGM terhadap 8 individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan yang dimasak menggunakan KGM. Blanc dan Hertel mendapati paras hemoglobin mereka menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan masakan KGM cenderung mendapat anemia (kurang darah). Situasi ini bertambah jelas pada bula kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan malah bertahun-tahun?

Sepuluh Sebab Ketuhar Gelombang Mikro (KGM) Mesti Dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di
dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan.
Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit
ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan
serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.



Sumber : [ 1 ]
Kredit :
[ 1 ]
[ 2 ]
[ 3 

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...