Ramai yang mencari dan masih tercari-cari
cara
nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk
menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.
Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai
kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan
yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan
amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang
merbahaya kepada tubuh.
Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat
Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya,
kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau
dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme
serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh
hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17
peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya,
minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi
kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang
dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak
cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan
untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu
melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah
serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
Limau gedang
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik
dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak
pada tubuh.
Kajian dilakukan di
Scripps Clinic
terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini.
Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum
menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan
kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang
sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh
khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan
mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam
makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau
gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung
dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi
vitamin C yang baik untuk badan.
Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi
malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh
masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa
lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka
mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan
menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung,
arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota,
Amerika
Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap
hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high
density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal
Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya
gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka
beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan,
selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan
pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan
Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air
sejam sebelum menjamah sebarang makanan.
Halia
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa
loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan
perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana
sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk
mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga
merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam
perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini
ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan
petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan
perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut
memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan
ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan
bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan
bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.
Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah
secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga
ianya bermanfaat kepada anda semua.
Sumber