Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak
berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama
sekitar 15 – 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak
memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak
memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada
orang-orang yang khusyuk?
Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang
mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan
dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa
mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta
seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan
perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya
hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu
mereka banyakkan sembahyang sunat.
Berat ada 3 peringkat
A. Berat sebelum melakukan sembahyang
Bagi orang Islam yang hatinya tidak
khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang
begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan
Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang
menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti
cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun
semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang
sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang
dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan
hati tidak sembahyang.
Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :
Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

Oleh itu orang yang hanya berfikiran
tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang
diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara
yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang
ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan
pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap
kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok
atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.
B. Berat semasa sembahyang
Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang
Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak
faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat.
Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin
hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang
sama diulang lima kali sehari.
Bagi orang yang khusyuk terasa amat
takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka
sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat
laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu
lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan
bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya
sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak
khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan
telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat
berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat
tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan
dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya
membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.
Perusahaan untuk membuat kain adalah
fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi
pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi.
Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh
orang-orang dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan