Dewasa ini, kita
banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga
Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu
pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan.
Maka, Admin pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh)
KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang
mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara
solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku
terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak
secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis
kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana
cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang
cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah
AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman,
peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar,
keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya
kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran,
Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali
mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan
keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya,
baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat
dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya
serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya
menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang
berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah
atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama,
pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan
mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami
diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada
isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana
suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman
membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak
darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari
Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah,
apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika
engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul
wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di
dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi
makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika
keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan
persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka
mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri
anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi
kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara
yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
{Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia
telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah
mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik
anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi
nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran
syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi
keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa
sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI
para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w
tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling
buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang
menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia
menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami
menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di
tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang
terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya
hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi
suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar
yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada
kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan
cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana
Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan
gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK
(cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai
“hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri
sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi
penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam
penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara
untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa
penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat
kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi
yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin
menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya
yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang
diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat
Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik
& tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul
tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah
rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan
keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya &
perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan
& kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai
orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar
rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian
ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh
dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam
adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya
hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali
di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan
terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan
lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan
jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang
tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para
wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan
al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah
kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak
akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada
kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R.
An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan