Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka
ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal
ibadat di dalamnya.
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7) Orang yang meninggalkan anak yang
soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan
beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka
orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah
S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka
terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan