Khamis, 17 Mei 2018

Sejarah Hari-Hari Ramadhan (7-8 Ramadhan)


Tahukah anda ?

7 Ramadhan 361 H

Atas perintah Khalifah Fatimi, panglima Jauhar As-Saqoli meletakkan batu asas pertama pembinaan Masjid Al Azhar.

Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman dalam fahaman Syiah.

Pada tahun 665 H ketika Salahuddin Al-Ayyubi menawan Mesir, beliau mengarahkan supaya tidak digunakan Masjid Al-Azhar sebagai tempat sembahyang Jumaat sebelum menghalang terus daripada digunakan sebagai tempat ibadah. Ini dilakukan bagi menyekat pengaruh Syiah.

Hampir 100 tahun selepas itu, Pada zaman pemerintahan Mamalik, Panglima Zahir Bybars Bendaqdaari mengarahkan Masjid Al-Azhar digunakan sebagai tempat pengajian ilmu-ilmu Islam dengan fahaman Ahlu Sunnah serta pusat keilmuan umat Islam sedunia.

Beliau juga meluaskan kawasan Masjid Al-Azhar dan mengembalikan kawasan waqaf yang diambil. Beliau juga membina ruangan bagi pengajian agama.

Pada zaman itu segala fasiliti disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragama sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqah yang dikehendakinya tanpa apa-apa bayaran, dan sebahagiannya masih berkekalan sehingga ke hari ini.

Pada zaman kejatuhan kerajaan Abbasiyyah dan kemunculan Kerajaan Uthmaniyyah, Al-Azhar dikatakan menjadi benteng terakhir ilmu-ilmu Islam ketika kehilangannya yang beransur-ansur pada waktu serangan Tartar ke atas Kota Baghdad.




Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.

˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚


Tahukah anda ?

8 Ramadhan 1425 H / 22 Oktober 2004


Seorang tokoh dakwah terkenal Abbas bin Hasan As-Sisi telah meninggal dunia pada tarikh ini.

Beliau merupakan generasi awal dakwah Ikhwan Muslimun di Mesir. Mula mengikuti Ikhwan Muslimun pada tahun 1936 bersama Imam Hasan Al-Banna yang merupakan pengasas bagi jemaah Ikhwan.

Beliau diberi nasihat oleh As-Syahid Hasan Al-Banna supaya memasuki tentera, dan beliau memasuki kolej pembuatan jentera perang.

Pernah dipenjarakan selama 2 bulan, kemudian 2 tahun, kemudian 9 tahun.

Dikenali sebagai seorang pendakwah yang lemah lembut, peramah, mesra, tidak lekang dari senyuman dan banyak menyelesaikan masalah masyarakat.

Diceritakan pada suatu hari dia terpijak kaki seorang pemuda, maka marah permuda tersebut lalu berkata : "Engkau Keldai ?!"
lalu beliau membalas : "Tak, Aku Abbas Sisi" tergelak si pemuda dan mereka mula berkenalan..

Beliau sentiasa mengingatkan para pendakwah agar tidak terjebak ke dalam kancah kafir mengkafir menghukum manusia jahil dan melampau.

Beliau juga selalu menitikberatkan dakwah di atas kasih sayang dan cinta, berlemah lembut dalam mengajak.

Antara buku hasil tulisan beliau yang popular ialah :
"Jalan menuju Hati"

Antara kalam beliau yang masyhur :
"Dakwah kepada Allah adalah seni, sabar di jalannya adalah Jihad"
"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"





Sumber :
IkhwanWiki
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...