Musim cuti sekolah sudah pun bermula. Ada diantara anak-anak yang telah merancang jadual untuk bercuti bersama keluarga.
Tidak kurang juga ada yang hanya duduk di rumah memandangkan ibu bapa sibuk bekerja.
Bagi mereka yang tidak ada sebarang aktiviti
untuk dilakukan, ramai yang mengambil jalan dengan hanya duduk di depan
gajet masing-masing sambil melayari internet.
Tetapi tahukah anda pelajar yang menggunakan
cuti sekolah untuk melayari laman sosial selama tiga hingga tujuh jam
sehari berkemungkinan menghidap kemurungan pada masa depan?
Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan.
Golongan terbabit berdepan masalah menyerap
tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling,
iaitu ‘copy skills’.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat.
Khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin
Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan
mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua
ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan
individu tertentu saja,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan