1. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar
bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” –
Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui
sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
3. Apabila kita tersenyum, badan turut
‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke
otak.
4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
5. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi
terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin
yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu
merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak
100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama
seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita
ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya,
kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum
ketawa.
7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan
saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat
dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik
akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
9. Apabila kita
senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan
bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan
penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B
(yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara
tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa
mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan
risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan
ulser.
12. Senyuman dan ketawa adalah senaman
yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan,
muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap
organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih
peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
14. Senyum mampu menjadi penawar kepada
penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang
marah dan memulakan sebuah ukhwah.
15. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai
kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum
kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar
yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR
Tirmizi dan Abu Dzar).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan