Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku
satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata
di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut
ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir
yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan
ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering
di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku“.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya:” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang
engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?“
Jawab semut:”Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan“.
Nabi Allah Sulaiman pun
mencadangkan:”Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah
kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu
bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi
ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian
Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu
bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah
Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh
semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya
berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum
sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah“.
Jawab semut:”Aku tidak berbohong, aku
tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun
sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan
itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah
tidak pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam
bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya
kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa“.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan