Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan
ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang
digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat
khusus.
Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu
disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri.
Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap
jari yang unik dan berbeza dari orang lain.
Itulah sebabnya mengapa cap jari
digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan
digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada
akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari
sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam
Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik
perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti
penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah
menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam
Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas
kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus
ditekankan dalam sebuah ayat.
Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:
“Apakah manusia mengira bahawa Kami
tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami
mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna.”
(Al-Quran, 75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
Detik Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan