Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang
mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti
apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”
(al-Bukhari)
Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan
letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan
ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.
Sebenarnya seseorang itu hendaklah
bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara
terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan
rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada
batal.
Malah adalah lebih baik sekiranya setiap
kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan
cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan
dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk
mengerjakan solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan