Artikel kali ini adalah berkaitan dengan tip melakukan pandu uji kereta. Ia penting untuk mengelakkan kita daripada menyesali keputusan pembelian yang dibuat.
Khususnya untuk pemilik yang baru pertama kali merasai nikmat membeli kereta sendiri.
Ramai yang suka melakukan pandu uji.
Kesilapan yang mereka lakukan adalah tidak melakukan penyelidikan
pemanduan secara keseluruhan. Ada yang sekadar mahu cuba-cuba memandu
sahaja.
Dengan memahami cara untuk melakukan pandu uji kereta. Kita dapat meningkatkan pemahaman dan keyakinan terhadap kereta yang ingin kita beli.
Pandu Uji (Test Drive) Kereta – 5 Perkara Penting
#1 – Faktor Keselesaan
Apabila kita berada sedang memandu
kereta, uji pelbagai jenis jalan di sekitar kawasan supaya kita dapat
merasai pengalamannya sendiri. Setiap jalan menghasilkan tahap
keselesaan yang berbeza mengikut jenis kereta.
Antara jalan yang boleh dicuba untuk melakukan pandu uji kereta adalah:
- Lebuhraya.
- Kawasan dalam bandar.
- Kawasan bukit.
#2 – Peka Dengan Bunyi Kereta
Apabila sedang memandu, pasang telinga
kita untuk mendengar bunyi yang dikeluarkan daripada enjin kereta. Cara
ini boleh dilakukan dengan membuka tingkap. Ada kereta menghasilkan
bunyi yang tidak menyelesakan pemandu.
#3 – Uji Spesifikasi Dalam Kereta
Lakukan sedikit ujian terhadap aircond,
wiper, signal dan radio kereta sepanjang uji pandu dijalankan. Dalam
masa yang sama, nilai semula tahap keselesaan ruangan duduk pemandu.
#4 – Perhati Saiz dan Dimensi Kereta
Adakah saiz dan dimensi kereta itu
seperti kereta yang kita idamkan? Melihat gambar kereta dan merasai
pengalaman menaiki kereta itu sendiri adalah berbeza. Kebanyakan masa
kita akan membuat penilaian semula, selepas melihat sendiri bentuk
kereta itu.
#5 – Uji Ruang Kereta
Lihat keluasan bonetnya. Adakah ia
menepati keperluan kita? Sekiranya kita jenis yang suka melancong dengan
menaiki kereta, kita memerlukan ruangan bonet yang lebih luas.
Ruang bonet juga memainkan faktor yang penting bagi mengisi barang-barang apabila diperlukan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan