Ada juga lelaki jenis pantang tercabar,
pasti “mengaum” dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar prestasi
“mengaum”. Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu
pantang ke?
Istilah berpantang bagi lelaki juga
digunakan dalam perbualan antara lelaki. “Man, bini ko berpantang sampai
bila? 3 bulan ko berpantang nampaknya…” (Pantang di sini bermaksud
tidak boleh bersama dengan isteri selama isteri berada dalam pantang).
Istilah yang sama juga digunakan dalam
perkara sebengini “Aku pantang betul kalau dicabar, memang cari nahas!”
(Pantang yang digunakan apabila sesuatu melanggar kesabarannya).
Ianya juga digunakan dalam situasi
larangan iaitu amaran seperti yang disenaraikan dibawah ini. 11 pantang
larang lelaki yang wanita perlu tahu dan jangan mencabarnya.
Menduga kesetiaannya – Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah
buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya.
Mencabar keputusannya – Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu
adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar
keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang
jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar.
Mencabar keegoannya – Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita
berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti
mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh
kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.
Mengganggu masanya – Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk
melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak,
menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya
yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak
mahu diganggu.
Menidakkan kepimpinannya – Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya
tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di
rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah
pemimpin yang yang perlu dihormati.
Mempersoalkan tindakannya – Kadangkala lelaki tentunya membuat silap.
Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk
mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah
keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka
“haus”, berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang
disukainya.
Memberi arahan kepadanya – Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu
dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali
mengarahnya perlu dimulakan dengan “Awak boleh tolong saya tak?”.
Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat
membantu.
Jangan mengharapkan mereka meminta maaf – Usah berlawan dengan lelaki
untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki
memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan
ucapan maaf amatlah wajar.
Maruahnya tercalar – Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu
mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki
ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.
Mendustainya – Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada
kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada
bagaimana wanita membinanya semula.
Menghinanya – Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki
yang membolehkan mereka bertukar menjadi “hulk”. Sebesar mana pun
kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua
perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.
11 pantang lelaki yang mungkin memberi
sedikit panduan bagi wanita untuk menghadapi lelaki atau pun yang susah
memiliki lelaki. Walaupun ianya adalah panduan ianya mungkin tidak sama
terhadap semua lelaki kerana lelaki itu unik. Pandai-pandailah ye….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan