Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak
mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan
anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8
jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan
tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan
segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu
ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah
mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang
mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat
ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak
bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas.
Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak
sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi
anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang
keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang
membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam
darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan
menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi!
Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur
separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu
pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja.
Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan
penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan
kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam
darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel
darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah,
sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi
berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam
darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang
mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga
kekacang.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan.
Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi
sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit
kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat
tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang
mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau
bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat
psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya.
Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus
berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat
sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat
kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini
berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak
dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan
menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan
bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan
meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak
keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar
degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian
mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar
ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda
kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi
dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan
baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah
letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan
tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya
mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis,
solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan
menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes
akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Segala simptom penyakit jantung sudah
saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami
simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan
dalam jarak yang dekat.
Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda
kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di
atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu
bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2
liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda
melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua.
Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih
jernih dan terang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan