Jika anda selama ini malas untuk
berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh
mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit
tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan
dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan
dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh
mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran
darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi
normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan
darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL)
yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat
dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada
70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil
berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang
stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki
akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang
oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam
tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda
kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki
hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada
terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin
selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap
dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan
adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut
melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar.
Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran
pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan
risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering
berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka
atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan
rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan
gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar
matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin
berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu
mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh
gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney
Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya
dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda
hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan
badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat
boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin
oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan
menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan