Pintu masuk kotoran ke dalam tubuh,
salah satunya adalah melalui lubang hidung. Berbagai kotoran dan debu
yang beterbangan dan tidak terlihat oleh mata, boleh tersedut masuk ke
dalam hidung. Ditambah dengan pencemaran udara yang disebabkan oleh asap
kenderaan bermotor. Hal ini boleh menyebabkan kesihatan terganggu.
Kerana itu, sebaiknya kita sentiasa menjaga kebersihan hidung dengan
cara membersihkannya menggunakan air, iaitu memasukkannya (menghirup) ke
dalam hidung kemudian dikeluarkan kembali.
Dalam wudhu disunatkan menghirup air
dari hidung dan dikeluarkan melalui mulut. Cara ini adalah cara efektif
ISPA (Jangkitan Saluran Pernafasan Akut), TBC, dan kanser secara awal.
Dalam kajian yang dilakukan Muhammad
Salim, tentang manfaat kesihatan wudhu, dijelaskan bahawa berwudhu
dengan cara yang baik dan benar, maka tubuh seseorang akan terhindar
dari segala penyakit. “Sesungguhnya cara berwudhu yang baik adalah
bermula dengan membasuh tangan lalu berkumur-kumur, kemudian mengambil
air dan menghirupnya ke dalam hidung lalu mengeluarkannya. Langkah ini
dilakukan sebanyak tiga kali dan seterusnya. “
Berdasarkan analisisnya, bagi orang yang
tidak berwudukwarna hidung mereka pudar dan berminyak. Terdapat banyak
kotoran dan debu. Ditambahkanya, rongga hidung mereka itu mempunyai
permukaan yang melekit dan berwarna gelap. Adapun orang-orang yang
teratur dalam berwudhu, jelas Salim, permukaan rongga hidungnya tampak
cemerlang, bersih, dan tidak berdebu.
Selain itu, kata dia, jumlah kuman
tampak lebih banyak terdapat pada rongga hidung orang yang tidak
berwudhu dan itu menjadi tempat pertumbuhan kuman penyakit. Keadaan
tersebut akan mempercepatkan pertumbuhan dan penularan penyakit lainnya.
Sementara itu, orang yang sentiasa
berwuduk, maka hidung mereka kelihatan bersih dari kotoran dan
pertumbuhan mikroorganisma relatif tidak ada.
Penelitian Muhammad Salim ini juga
menjelaskan, bahawa orang yang berwudhu dengan memasukkan air ke dalam
rongga hidungnya, walaupun hanya sekali, maka hal itu boleh membersihkan
hidung dari separuh penyakit.
Terangnya lagi, bila memasukkan air ke
dalam rongga hidung sebanyak dua kali, maka dapat menambah pertiga
kebersihan. Kemudian, jika memasukkan air sebanyak tiga kali, maka
hidung benar-benar bersih dari kuman.
Dari hal yang tampaknya kecil dan bahkan
dipandang ringan, ternyata wudhu mengandungi hikmah yang sangat besar
manfaatnya bagi kesihatan seseorang. Rasul SAW bersabda: “Sempurnakan
wudhu, lakukan istinsyaq, iaitu memasukkan air ke dalam lubang hidung,
kecuali jika kamu berpuasa.”
Secara ilmiah telah dibuktikan, besarnya
manfaat yang boleh dipetik dari wudhu, terutama dalam hal membersihkan
lubang hidung. Logiknya, apabila sekali berwudhu dan melakukan
istinsyaq, maka hal itu dapat menjaga kebersihan hidung hingga 3-5 jam.
Dan bila kotor lagi, maka boleh dibersihkan dengan wudhu berikutnya.
Lebih tegas lagi, Muhammad Salim
menjelaskan, orang yang rajin berwuduk dengan melakukan istinsyaq dan
istintsar (mengeluarkan air dari hidung), kemudian melanjutkannya dengan
mendirikan solat, maka hal itu dapat menghilangkan 11 kuman penyakit
berbahaya yang ada di dalam lubang hidung, terutama dalam hal gangguan
pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung, dan
lain-lain. Sebaliknya, orang yang tidak berwudhu, akan lebih mudah
terkena penyakit gangguan pernafasan.
Prof Hembing menambah, hidung merupakan
reseptor penciuman (sel-sel olfaktoris) yang lebih peka daripada
reseptor pengecap (lidah). Disebutkan, hidung mampu membezakan lebih
dari 10 ribu macam bau-bauan.
Saluran nafas atau deria bau terdapat di
hidung pada lapisan selaput lendir. Indera ini dapat menerima
rangsangan berupa bau atau oflaksi oleh sel pembau. Sel pembau mempunyai
hujung-hujung berupa rambut halus, yang dihubungkan dengan urat saraf
melalui tulang saringan dan bersatu menjadi urat saraf elfektori menuju
pusat pencium bau di otak. Indera ini dapat membantu indera pengecap
(lidah) menaikkan selera makan.
Dan bila seseorang terkena influenza
(selsema dan flu), maka deria bau akan mengalami gangguan dan akan
kurang mampu dalam menerima rangsangan bau. Selain itu, akan berkurang
pula selera makannya.
Hembing menambah, hidung boleh menjadi
alat penapisan. Di dalam rongga hidung terdapat rambut-rambut yang
berfungsi menapis habuk-habuk yang akan masuk ke dalam hidung bersama
dengan udara. Adanya indera pembau dalam rongga hidung boleh menyebabkan
gas yang tidak enak baunya dan tidak berguna bagi tubuh akan dapat
dielakkan.
Selain itu, tambahnya, hidung juga
berfungsi sebagai alat cair. Adanya konka yang permukaannya banyak
mempunyai kapilari darah yang menyebabkan udara masuk melalui rongga
hidung akan dihangatkan.
Ia menambah, banyak manfaat yang dapat
dipetik dari ber-istinsyaq danistintsar ini. Setiap kali orang
membersihkan dan membasuh hidung, maka kuman penyakit seperti sinusitis,
influenza (selsema dan flu), bronchitis, dan lain akan hilang. Dan
faedah yang boleh diambil dari membasuh hidung ini mempunyai makna
ganda, yakni untuk kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan