"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)
Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari
sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, “[Qs. Ar-rum: 23]
Tidur singkat dapat menrefreshkan otak,
ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat
sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya
memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.
Rehat cara ini bagi otak merupakan
penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan
memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.
Oleh kerana itu, para pengkaji
menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang
hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka
mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi
mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari Universiti
Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para
sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa
membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan
tidak berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur singkat di
‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik
mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan
istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari.
Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku,
tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi
kognitif seseorang.
Diingatkan kembali terhadap apa yang
disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan
tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.
Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur’an
sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat
ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur
siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan
pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda
kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis Universiti Harvard
melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur.
Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga
mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian
aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak
melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat
sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.
Di sini, kita juga boleh memahami
mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah
selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat.
Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan
berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan.
Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan
bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja
bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada
doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan
keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak
mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas
satu perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya
tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan
berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.
Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidur, dan
bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita
diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan
mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang
dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk
membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan
setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.
Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al
Qur’anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya.
Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat
keputusan penting dalam hidup.
Detik Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan