Rupa-rupanya Allah telah memberikan kita manusia berita dan maklumat tentang buah-buahan yang terbaik di dunia ini.
Disebabkan kekurangan pengetahuan dan
lebih tepat lagi kekurangan membaca dan memahami Al Quran kita
ketinggalan ilmu penting ini.
Buah-Buahan Dalam Al-Quran
Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut
oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian
manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti
tamar, delima, anggur dan buah tin (fig).
Allah menceritakan akan khasiat buah
zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud “Dialah, yang
telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi
minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat
tumbuhnya).
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air
hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam
buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda
(kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)
Kandungan asam linoleik yang terdapat
dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui
anak.Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi
malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit.
Minyak zaitun juga sangat bagus dan
berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk
wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.
Buah Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah
dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang
belum diterokai sepenuhnya.
Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza
daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai
nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan
pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing
(diuretik).
Buah tin tidak mengandungi garam, lemak
dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih
tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis
mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan
manusia.
Buah tin sumber utama dalam mengatasi
masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh
melawan kanser, di mana ‘polyphenols’ yang tinggi dalam buah tin
bertindak sebagai antioksidan.
Seperti yang semua sedia maklum
antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk
menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya
kanser.
Secara keseluruhannya buah tin memberi
kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat
pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.
Delima – “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).
Makanlah dari buahnya yang
bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari
memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang
berlebih-lebihan.” (al-An’aam [6]: 141) Ayat lain “Di dalam kedua-duanya
(syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima,”
[Surah al Rahman ayat 68].
Delima, seperti yang disebutkan di dalam
Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari
mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan
vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
Delima penting untuk memelihara
keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan
saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan
mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu, Delima
juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh
mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan
menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh
melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada
sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.”(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).
Pisang adalah buah yang kaya dengan
vitamin B6, ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%),
protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi
karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi.
Pisang sangat membantu dalam penyembuhan
banyak penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan,
kejang-kejang dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang
berkesan dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh
alergi.
Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.
Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman
itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang
demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berpikir.”
Buah kurma mengandungi fruktosa dan
glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna.
Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa
aman pada jiwa.
Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat
bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan
kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan
membanyakkan air susu.
Kurma segar memberikan manfaat besar
kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis
vitamin A, B1, dan B2. Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat
serta memberi tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak
mengambil makanan, sangat berguna untuk bersahur.
Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 “Lalu
dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur;
di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan
sebagian dari buah-buahan itu kamu makan.”
Anggur boleh menghilangkan rasa penat
untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental.
Kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat
produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver,
ginjal, dan sistem pencernaan.
Anggur merangsang berfungsinya ginjal
dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan
mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan
darah.
Anggur juga menguatkan organ jantung,
befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan
kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.
Sumber : Harianislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan