JAWAPAN :-
Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita
dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan.
Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah
membina atas keyakinan.
Contohnya terlupa bilangan rakaat sama
ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk
mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat
yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.
Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)
Jadi tak perlulah untuk menghentikan
solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang
banyak. Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya
kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan
rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak
mengapa.
Sumber Harianislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan