Sabtu, 20 Oktober 2018

Apabila hadis dijadikan gurau senda poligami

Oleh Aminolhuda Bin Hassan


Hari ni tersebar luas gurau senda tentang sebuah hadis berkaitan sebutan perkataan "ibu" sebanyak 3x oleh Rasulullah saw. Hadis ini berkaitan ketaatan kpd ibu sgt dititikberatkn oleh Rasulullah.


Jika nak bergurau tentang poligami pun cari lah hadis yang berkaitan poligami. Amba bimbang ia berlaku salah faham dan pendustaan terhadap hadis Rasulullah...

Rasulullah pernah bersabda:
حَدَّثَنَا بُندارٌ أخبرنا يحيى بنُ سعيدٍ حَدَّثَنَا بهزُ بنُ حكيمٍ حَدَّثَني أبي عن جدِّي قال : سمعتُ النَّبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلِيهِ وسَلَّم يقول :
ويلٌ للذي يحدِّثُ بالحديثِ ليُضحكَ بهِ القومَ فيكذِبُ ويلٌ لهُ ويلٌ لهُ .
وفي البابِ عن أبي هُرَيرَةَ هذا حديثٌ حسنٌ .
رواه الترمذي (2417) وأبو داود (4990) .
maksudnya:

Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !. Celakalah..!
Huraian Hadith:
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

e) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...