SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
JAWAPAN:
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan
kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau
bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Menurut pandangan syara’ adalah haram
kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti
merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang
keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang
bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri
dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih
melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta
orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan
mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di
tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala
itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai
dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang
kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat
berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi
ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu
rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai
hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya
untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang
mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain
mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang
mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi
berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa
wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di
muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk
yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis
mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: “Hapuskanlah
kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”. Imam Nawawi
berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud
wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk
mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang
tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian
kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi
kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita
ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini
kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.
Kalau difahami secara zahir pastinya
apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut,
termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh
misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama’ berpendapat harus mencukur
bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu
kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau
bersambung antara dua kening.
Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.
Sementara ulama madzhab Hanbali
berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya,
mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya,
apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang
‘diboldkan’itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika
diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk
menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar,
kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan
dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan
bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR.
Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang
lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita
berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Kesimpulannya, berhias untuk suami
adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau
mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan,
termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah
dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan
wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar
daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan
bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah yang menjunjung
syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita
terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias
diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada
nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan
manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat
jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan
besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara
untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan
Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam
urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.
Wallahu A’lam.
Sumber: http://johor.ikram.org.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan