Jumaat, 23 November 2018

~Sungai Buku Di Melbourne~



Bagi Festival Cahaya Musim Sejuk di Melbourne, ahli seni kolektif Sepanyol, Luzinterruptus telah ditugaskan untuk mencipta karya seni yang agak literal dan mampu menarik pengguna jalan raya. Lebih 10,000 buah buku terpakai, yang didermakan oleh perpustakaan awam dan dipungut oleh Salvation Army telah dinyalakan dengan lampu dan kemudiannya di atur seperti sebatang sungai yang memenuhi bandar.


Sejak pertama kali di jalankan di New York, karya 'Sastera vs. Trafik' ini adalah lebih besar dan lebih baik, dan menjadi salah satu karya terbesar mereka. Pada malam akhir pemasangan, para pengunjung digalakkan mengambil buku di situ untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.


Pihak Luzinterruptus telah meletakkan beberapa gambar di dalam blog mereka yang memaparkan wajah-wajah orang ramai yang ingin tahu dan berinteraksi dengan buku-buku di situ. Agak menarik untuk di fikirkan bagaimana mereka mampu mengeluarkan idea yang menarik ini.









































Credit: luzinterruptus

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...