Sumber kesihatan dibawah dibawakan untuk anda oleh : Halaqah.net
Wanita mempunyai sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan ovum (gamet betina) serta hormon estrogen dan progesteron.Sistem pembiakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub Fallopio, uterus, dan faraj. Ovari terdapat di bahagian bawah rongga abdomen. Setiap ovari berbentuk seperti "biji badam" tetapi saiznya adalah dua kali ganda biji badam.
Pembentukan ovum atau oogenesis berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio yang mempunyai unjuran seperti "jari" yang meliputi ovari. Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj. bahagian Berotot di antara uterus dengan faraj dikenal sebagai serviks.
Fungsi Bahagian di dalam organ pembiakan wanita.
Ovari ~ Menghasilkan ovum.
Tiub Fallopio ~ Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Persenyawaan di antara ovum dan sperma berlaku di sini.
Uterus ~ Tempat penempelan embrio dan perkembangan seterusnya.
Faraj ~ Tempat di mana sperma dilepaskan dari zakar berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan