Banyak sebabnya kenapa stay
berdekatan KL Sentral adalah satu keputusan yang tepat. Jimat masa, wang dan
tenaga untuk ke kawasan menarik di KL. Camne pulak dengan penginapan? Mesti
mahal kan? Jangan risau, sebenarnya terdapat banyak hotel dengan harga
yang murah yang terdapat di sekitar KL Sentral. Teruskan baca senarai cheap hotels in KL Sentral confirm tak rugi.
Hotel Prescott ini bukan
sahaja berlokasi strategik sebab terletak di kawasan hab pengangkutan KL,
malahan harganya juga sangat berpatutan, macam tak percaya sahaja. Setiap bilik
yang dijaga dengan bersih di Hotel Prescott lengkap dengan penyejuk udara, TV
bersaluran satelit, cerek elektrik dan peti simpanan keselamatan untuk korang
menyimpan barangan berharga sewaktu makan angin di sekitar bandaraya. Toilet
pulak lengkap dengan shower, pengering rambut dan lain-lain lagi kemudahan
mandian. Selain itu, bilik-biliknya agak luas dan sesuai untuk korang yang datang
bersama keluarga. Kalau korang bernasib baik, korang mungkin akan mendapat
bilik yang menawarkan scenery yang indah sekitar KL. Agak menarik dan lengkap
untuk sebuah hotel bajet bukan? Bukan itu sahaja, sekiranya korang ingin ke
Chinatown yang juga merupakan sebuah lokasi yang menjadi tarikan tourist,
hanyalah 20 minit perjalanan kaki dari hotel.
City Central Hotel terletak
berdekatan dengan banyak pusat shopping terkenal macam Berjaya Times Square,
Fahrenheit 88 dan Suria KLCC yang kesemuanya kurang 4 km dari hotel. Dia juga
berdekatan dengan KL Sentral yang hanya 0.2 KM dari hotel, stay di hotel ini
memudahkan korang untuk melawati banyak tempat menarik di sekitar KL tanpa
perlu bersusah-payah mencari pengangkutan lain. Bilik-bilik yang berkalis bunyi
di City Central Hotel ini lengkap dengan penyejuk udara yang menyegarkan dan
katil yang selesa. Setelah penat berjalan-jalan di sekitar KL, korang boleh
bersantai di dalam bilik sambil minum air kopi atau teh sebab peralatan
membuatnya lengkap tersedia. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini
adalah pancuran mandian air panas dan peralatan mandian yang lengkap. Untuk
hiburan korang, bilik hotel turut memiliki TV berskrin rata yang bersaluran
satelit dan akses internet percuma. Kat mana korang nak pergi sekitar KL ni?
Semuanya senang sahaja untuk korang akses tanpa bersusah-payah mencari
pengangkutan lain sebab Hotel Central ini terletak sangat berdekatan dengan
pintu masuk KL Sentral. Kalau korang terasa ingin mengisi perut tak kira masa,
di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai-kedai makan untuk korang pilih.
Semuanya kurang 5 minit berjalan kaki dari hotel.
Setiap bilik di hotel ini
sangat bersih, luas dan lengkap dengan penyejuk udara. Kemudahan lain yang
disediakan adalah minibar, TV, cerek elektrik serta peralatan membuat air teh
dan kopi. Toilet yang luas juga lengkap dengan peralatan mandian untuk
keselesaan korang sepanjang penginapan. Selain itu, akses internet yang
ditawarkan hotel ini pulak agak mantap untuk korang yang ingin berinstagram
sepanjang percutian. Rekaan dalaman bilik-bilik di Hotel Royce ini tampak agak
ekslusif dengan gabungan warna macam putih, coklat dan sedikit keemasan pada
bahagian tertentu. Bukan sahaja sejuk dipandang mata, dia juga lengkap dengan
segala kemudahan penting macam penyejuk udara serta katil dan bantal yang empuk
untuk keselesaan tidur malam korang. Bab makanan pulak, memang korang tak perlu
risau, banyak kedai-kedai makanan tempatan yang best terdapat di sekitar hotel.
Kalau korang ke Rooftop Bar hotel ini, korang dapat melihat scenery menakjubkan
Menara KL yang cukup indah terutama pada waktu malam.
Sebagai satu hotel bajet, My
Hotel terang-terang offer sesuatu yang di luar jangkaan. Kemudahan-kemudahan
yang disediakan agak lengkap dan berlokasi strategik lagi. Kedai-kedai makan
terdapat agak banyak di sekitar hotel. Setiap bilik kat hotel ini berlantaikan
parket dan lengkap dengan aircon untuk korang tidur lena tak kisah cuaca di
luar. Bilik-bilik juga memiliki TV bersaluran satelit sebagai hiburan sewaktu
anda berehat-rehat di dalam bilik. Di samping itu, kemudahan untuk membuat air
turut tersedia. So korang boleh check out my hotel KL Sentral online hotel booking cepat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan