Isnin, 8 April 2019

Malam Jumaat Si Tua

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah LANJUT USIA baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, 'Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido...'
Suaminya dengan separuh sedar menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula...


Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi;
'Kemudian tu.... abang selalu cium saya...'
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik...


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
'Kemudian tu kan.... abang selalu gigit-gigit leher saya...'
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri heran dan terus bertanya,
'Abang nak gi mana tu?' Dengan nada marah suaminya menjawab, 'Nak gi amik gigi la ni...'

3 ulasan:

faiz's mommy berkata...

mmm... kite nak ambik n letak kat blog kite gakla. bagus tok org bace neh..

Ummu Mishkah berkata...

wakakakkakaka!

Zatiesiska Abdul Rahman berkata...

huh ajaran sesat nih...saye sgt geram bile bace artikel ni...mmg nak kne tembak tul

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...