2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE -4. Buat nota peringatan dan galakan
Just do it!
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan
keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda11. Berfikir secara positif
pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila
terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan
solat.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
menghormati keputusan anda.
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini
mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
5 ulasan:
insaf2~
Olá amigos! Passei para desejar uma ótima semana para vocês e dizer que quanto ao meu dia, entrego totalmente a vontade do meu DEUS.
Abraços,
Furtado.
hmmm panduan yg bagus....
perkongsian yg bermakna~
terima kasih buat entry begini..
aku tumpang gembira dan bersyukur..
ader jugak orang nak ingat-mengingati sesama kita..
Catat Ulasan