Aplikasi WhatsApp memperkenalkan tanda semak (✓) berwarna biru pada Khamis menandakan mesej yang dihantar telah dibaca.
Menurut Pasukan Sokongan aplikasi tersebut, isyarat baru itu adalah bagi menghapuskan sepenuhnya kekeliruan 600 juta penggunanya.
Tanda semak yang baharu ini turut menerima reaksi pelbagai dan mula diperkatakan di media sosial.
Ada di antaranya merasakan bahawa penerima yang tidak mahu membalas mesej kini tidak boleh menggunakan alasan bahawa mesej yang dihantar ‘tidak sampai’.
Ada juga yang tidak senang dengan kemaskini terbaru aplikasi tersebut kerana ia dikatakan mengganggu privasi pengguna.
Tanda semak pertama pada Whatsapp menandakan mesej telah dihantar, manakala tanda semak kedua menandakan mesej sudah diterima.
Apabila kedua-dua tanda semak tersebut bertukar warna kepada biru, ia menandakan mesej telah dibaca.
Pengguna juga boleh memeriksa sesiapa yang sudah membaca mesej yang dihantar dalam mesej berkumpulan di WhatsApp.
Pengumuman yang dibuat Pasukan Sokongan Whats App
Tiada ulasan:
Catat Ulasan