Power
Bank ialah peranti yang di reka khusus untuk membantu meningkatkan
jangka hayat ketahanan bateri peranti mudah alih terutamanya telefon
pintar dan tablet. Peranti ini memiliki fungsi untuk menyimpan kuasa
bergantung pada kapasiti Power Bank tersebut.
Fungsi Power Bank ini juga selalu diistilahkan sebagai pengecas mudah alih yang boleh diusung ke mana-mana dan membantu mengecas peranti mudah alih tanpa memerlukan elektrik. Kemampuannya untuk menjadi pembantu ketika pengguna mengalami masalah kehabisan bateri semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Dengan perkembangan pesat pengguna yang memiliki peranti mudah alih, industri Power Bank ini turut ikut sama bertumbuh dengan kadar yang mengejutkan. Pelbagai pengeluar mulai turut serta mengeluarkan produk-produk yang pelbagai bagi mendapatkan perhatian pengguna. Tetapi, sejauh mana prestasinya pula?
Ciri dan fungsi
Sering kali pengguna yang ingin mendapatkan Power Bank tertanya-tanya, apa ciri-ciri yang perlu diambil kira kerana Power Bank merupakan salah satu peranti mudah alih yang mulai mencetuskan fenomena tersendiri semenjak semakin ramai menggunakan telefon pintar dan tablet di seluruh dunia.
Dengan penggunaan Power Bank, pelbagai masalah dapat diatasi. Kerunsingan pengguna berkaitan bateri peranti mudah alih mereka juga turut menjadi penyebab utama kepada pembangunan industri ini. Walaupun peranti mudah alih mereka dilabelkan berspesifikasi tinggi dengan bateri berkapasiti tinggi, ia tetap ada masalah.
Secara umumnya, pemilihan Power Bank memerlukan sedikit penelitian seperti mana untuk memiliki peranti mudah alih yang lain. Hal ini kerana, sesetengah pengguna mengadu Power Bank yang dibeli sering kali mengalami masalah daripada segi produktiviti. Oleh itu, tip-tip berikut boleh membantu anda.

1. Jenama
Secara kasarnya, pilihlah jenama Power Bank yang sudah dikenali di
seluruh dunia. Ini kerana, di pasaran Malaysia khususnya sudah muncul
banyak jenama-jenama yang agak meragukan. Seboleh-bolehnya, pilih jenama
yang memiliki pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan.
2. Syarikat pengeluar
Rujuk terlebih dahulu berkaitan syarikat pengeluar atau kilang yang
menghasilkan Power Bank yang bakal anda pilih. Sama ada benar syarikat
tersebut memiliki kepakaran dan industri bateri atau tidak. Ini untuk
mengelakkan anda terbeli Power Bank daripada syarikat yang tidak sahih
kewujudannya.
3. Kualiti
Kualiti bukan lah penentu kepada prestasi Power Bank itu sendiri,
tetapi ia akan memberi kesan kepada kepantasan ketepatan memenuhkan
bekalan kuasa. Selain itu, jika kualiti Power Bank itu sendiri sedia
maklum di tahap sederhana, ia akan merosakkan kapasiti bateri pada
peranti mudah alih anda.
4. Jaminan
Untuk keselamatan, cuba pilih Power Bank yang memiliki jaminan
sekurang-kurangnya setahun. Jaminan tersebut juga perlu diteliti
berkaitan terma dan syarat. Dengan itu, semasa pembelian semak di
manakah boleh anda menghantar Power Bank dengan jaminan jika ada
sebarang masalah timbul.
5. Ciri tambahan
Sesetengah Power Bank di pasarkan dengan ciri-ciri tambahan. Ini akan
memberikan nilai tambah kepada Power Bank tersebut. Ciri-ciri tambahan
seperti port tambahan dan sebagainya ini perlu juga diambil kira
selagi mana tidak menjejaskan fungsi utama Power Bank tersebut.
6. Kapasiti
Strategi perniagaan Power Bank di pasaran ialah mengumpan pengguna
dengan kapasiti yang besar tetapi dijual pada harga yang murah. Apa yang
penting, pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan, dan bukan
keinginan. Ini membantu untuk mengawal rasa ingin membeli dengan cepat.
7. Model
Model Power Bank ialah persoalan terbesar yang akan bermain di fikiran
setiap bakal pengguna. Dengan lambakan model-model Power Bank di
pasaran, pilih mengikut kesukaan anda termasuklah daripada segi saiz,
fizikal, binaan, warna dan sebagainya setelah mengambil kira informasi
di atas.
8. Bateri
Teliti berkenaan bateri pada Power Bank anda di nota pemberitahuan
dalam kotak. Cuba dapatkan kepastian daripada pengedar bahawa bateri
tersebut adalah tulen dan bukan bateri yang diguna semula. Rujuk kepada
pelekat-pelekat pemberitahuan berkenaan ketulenan bateri pada Power
Bank tersebut.
9. Ciri keselamatan
Jika boleh, pilih Power Bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan
khusus yang mampu melindung peranti mudah alih dan anda sendiri. Usah
segan bertanya kepada penjual, adakah Power Bank ini memiliki ciri
keselamatan seperti perlindungan short circuit, pengecasan berlebihan atau suhu.
10. Indikator
Sesetengah Power Bank menawarkan isyarat indikator yang berbeza-beza
bagi sesetengah fungsinya. Ini sangat penting untuk mengetahui maklumat
pada Power Bank anda seperti kadar pengecasan, aktiviti sekarang dan
sebagainya. Dengan isyarat ini, pengguna dapat lebih peka berkaitan masa
pengecasan.
11. Output
Perhatian voltan pada port output Power Bank yang sedang anda pantau.
Contohnya seperti 5V/1A atau 5V/1.5A dan sebagainya. Ini kerana output
ini memiliki pengaruh pada proses kepantasan pengecasan dan juga
pengeluaran kuasa secara maksimum.
12. Plug
Pilih Power Bank yang tidak terlalu khusus untuk satu jenis peranti
sahaja. Sesetengah Power Bank menawarkan plug kuasa yang bervariasi bagi
melengkapkan koleksi setiap jenis peranti. Untuk itu, anda boleh tetap
gunakannya walaupun menukar peranti mudah alih.
13. Kabel original
Untuk penggunaan yang lebih baik dengan ciri terbaik, Power Bank
tersebut perlulah memiliki sokongan untuk kabel data original peranti
(telefon pintar atau tablet) anda. Ini kerana, kabel data pengecas
original peranti anda akan mengalirkan kuasa daripada Power Bank dengan
lebih stabil.
14. Harga
Tinjau harga Power Bank dengan kapasiti yang tertentu terlebih dahulu
sebelum mula memantau pada pengedar atau penjual-penjual. Pastikan anda
telah memiliki senarai secara kasar harga yang sepadan dengan kapasiti
Power Bank. Untuk itu, anda masih boleh menilai ada ia berbaloi dengan
apa yang anda mahukan.
15. Set Lengkap
Seperti ketika membeli peranti mudah alih lain seperti telefon pintar,
tablet dan sebagainya, anda perlu lebih prihatin berkenaan set yang
ditawarkan secara percuma oleh pengedar Power Bank tersebut. Contohnya
set lengkap untuk Power Bank merangkumi A/C adapter, penyambung kabel, lampu indikator dan lain-lain untuk menyokong prestasi Power Bank tersebut.-majalahpc.karangkraf.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan