Ahad, 16 Jun 2019

Antara Ibu Dan Anak

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.
Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
Wallahu’alam.

5 ulasan:

Ashley Ahmed berkata...

salam,

salam kemerdekaan

Ihwayuda berkata...

assalamualaikum

Rosemildo Sales Furtado berkata...

Olá amigos! Eu particularmente, sou de opinião que todos os esforços devem ser feitos para salvar a vida dos dois, porém, se um deve morrer, que seja feita a vontade de DEUS, poiquem sabe, pode acontecer um milagre.

Abraços,

Furtado.

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang bersetuju dgn conclusion artikel ini.
Semua manusia, mau Melayu Cina ataupun India, akan melakukan apa yang terbaik untuk patient.

Mengapa melibatkan agama dalam soal ini. Kalau nak sangat Dr Melayu yg merawat, pilihlah, tapi tidak perlu dirationalisekan sebab-sebab ini.

Dengan orang orang macam kamu, dunia ini akan musnah lebi cepat dari awal. Keharmonian tergugat. Cuba pikir, saya Melayu dan melahirkan anak yg berada dlm keadaan kritikal. Saya mati kerana ajal SAYA sudah tiba, adakah kamu akan kata ia adalah kerana Dr adalah Kristian, dan telah mengorbankan anak untuk tujuan baptise ? Sedarlah dii sebelum kamu disedarkan.

Julaiha Binti Amir berkata...

minta maap kpd tuan / puan anonymur jika artikel ini sangat menyentuh prasaan bliau.

bagaimanapun, post ini d terbitkan krana 3 perkara;

1. Perkongsian ilmu tentang 2 agama berkenaan bayi yg baru lahir.

2. Ilmu fiq aulawiyat / 'mana yg lebih utama'. pilihan ibu / anak atau doktor Islam / bukan Islam?

3. Kesedaran kpd orang Islam / Melayu Islam tentang pentingnya ilmu / doktor Islam. Kan lebih baik jika kita ni d rawat oleh doktor Islam, sekurang2nya ia d mulakan dengan bismillah, aurat / keaiban kita hanya terdedah kpd saudara seagama dll.

apa pun pandangan tuan / puan sangat d hargai.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...