Jumaat, 19 Julai 2019

Penyimpan Rahsia Rasulullah

Bismillahirrohmanirrohim.

SEISTIMEWANYA HUZAIFAH AL YAMANI, penyimpan rahsia Rasulullah.

Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang Islam. Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu juga.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:

· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (akan tetapi anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - adalah sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika beliau tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.

Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang itu. Huzaifah RA cepat-cepat memegang tangan orang disebelahnya dan tanya siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.

Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.

Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.

Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang beliau inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka."

Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha kepadanya atau sebaliknya.

Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).

Sumber : http://farahfitrah7.blogspot.com/201...asulullah.html

*edit sikit

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...