Khamis, 10 Oktober 2019

Mencegah kebocoran pundi kencing

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
 
Lakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari dan 
kekalkan berat badan. 
 
________________________________
 
 
MENGAWAL pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, sama
ada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!
Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan
anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan

antara penyumbang kepada masalah ini.
Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi
kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.
 
Senaman
 
Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh
memperbaiki masalah itu. 
Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan 
kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar.
Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti 'tertarik', maka otot-otot
yang betul digunakan untuk senaman pelvis.
Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan
tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba
senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.
 
Kekalkan berat badan normal
 
Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot 
pelvis menjadi lemah.
 
Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks
jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik namun ia merupakan titik 
rujukan yang bagus untuk mengetahui sama ada anda perlu mengurangkan berat badan.
 
Jangan angkat berat
 
Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya.
Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis.
Jika mengangkat objek berat sendiri, pastikan anda melakukannya secara selamat 
dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki.
Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk 
waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.
 
Jaga makan dan minum
 
Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi 
kencing.
Sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang 
mengakibatkan kebocoran.
Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus 
epal, anggur dan cranberi.
 
Bersiap-sedia
 
Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda 
tidak keseorangan jika menderita akibat masalah ini.
Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh.
Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana
anda tahu sukar untuk pergi ke tandas.
Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...