Selasa, 5 November 2019

Mirza Ghulam Ahmad

Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di India. Dia dianggap sebagai 
messiah atau sang penyelamat atau Imam Mahdi oleh Ahmadi iaitu para pengikut 
Ahmadiah. Malah, ada kumpulan Ahmadi mengiktiraf Mirza sebagai nabi yang diutus 
selepas Nabi Muhammad.
 
Dia pelopor kepada ajaran Islam versinya sendiri di bawah jenama Qadiani atau 
Jemaat Ahmadiah. Biarpun sebahagian besar Ahmadi menafikan Mirza sebagai nabi, 
namun sanjungan dan pengiktirafan pada Mirza sama seperti sanjungan yang sepatutnya
hanya diberi kepada nabi-nabi.
 
Mirza mendakwa dirinya menerima wahyu daripada Allah. Dengan demikian, kata-kata 
Mirza dijadikan sebagai sumber hukum dan rujukan. Malah, kata-kata Mirza dianggap 
lebih utama berbanding al-Quran dan hadis. Kata-kata Mirza yang diucapkan dalam 
bahasa Arab mampu mengelirukan orang ramai yang tersilau dengan kalimat-kalimat 
Arabnya. Apatah lagi kata-katanya disulam dengan perkara yang benar seperti keesaan
Allah dan seumpamanya.
 
Para pemimpin Qadiani sesudah Mirza, turut dianggap hebat oleh para pengikut 
Ahmadiah. Malah kata-kata Khalifah al-Masih, pemimpin Qadiani yang menggantikan 
Mirza dianggap lebi penting, kata-katanya lebih sahih dan lebih berautoriti.
Kepercayaan Ahmadiah sesat antaranya :
 
· Mereka mengatakan Allah bersifat sama seperti makhluk iaitu berjirim, berpuasa 
dan mendirikan solat;
 
· Mereka percaya malaikat Jibril masih turun bagi menyampaikan wahyu kepada 
pemimpin mereka;
 
· Kata-kata pemimpin mereka diimani dan dianggap setaraf dengan al-Quran;
 
· Nabi Muhammad bukan nabi terakhir;
 
· Nabi Isa sudah mati;
 
· Roh manusia mati boleh berpindah kepada kucing atau anjing, sama seperti hukum 
karma dalam Hindu; dan
 
· Jihad dengan pedang dilarang. Semua peperangan demi agama sekarang ini ditegah. 
Sekarang jihad bagi tujuan agama sudah diharamkan.
 
Di Malaysia, Qadiani dikenali sebagai Jemaat Ahmadiah Malaysia. Ajaran ini mula 
muncul pada tahun 1906. Kumpulan ini berpusat di Baitussalam, Kampung Nakhoda, Batu
Caves, Selangor. Pada tahun 1975, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa
ajaran yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiah terkeluar daripada agama Islam. Walaupun 
demikian, kumpulan ini tetap aktif. Mereka berpendapat, mereka bebas menjalankan 
aktiviti keagamaan mereka sebagaimana yang tercatat dalam pelembagaan negara.
Ajaran ini berkembang hebat di rantau Nusantara terutama di Malaysia Timur, 
Singapura dan Indonesia. Ajaran ini berkembang melalui perkahwinan dan usaha dakyah
yang berterusan.
 
Seorang pemikir Islam yang ulung, Abul Hasan Ali an-Nadwi membuktikan ajaran 
Ahmadiah berkembang kerana mendapat sokongan kuat daripada para orientalis.
Wallahu’alam.
 
Zulkifli Khair; Offline Dengan Syaitan; PTS Islamika Sdn. Bhd.; Batu Caves, 2010. 

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...