11. Bagaimana kalau tak ikat
Ikat dengan duri-durinya
Bagaimana aku tak ingat
Orang baik hati budinya
12. Banyak saya menabur padi
Padi habis dimakan amerang
Banyak saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
13. Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
14. Banyak duri perkara duri
Mana sama duri selasih
Banyak budi perkara budi
Manakan sama budi kekasih
15. Tanam cempedak di luar kota
Tumbuh rendang condong ke desa
Orang nan tak pandang harta
Tapi memandang budi bahasa
16. Inang-inang padi Pak Daik
Padi tak sama rupa bunganya
Sungguh ku kenang budi yang baik
Tidak ku lupa selama-lamanya
17. Kain berlipat dalam istana
Pakaian puteri raja kayangan
Sepatah nasihat ilmu yang berguna
Secubit budi jadi kenangan
18. Kain perai baju pun perai
Letak mari atas peti
Hancur badan tulang berkecai
Budi tuan dibawa mati
19. Kain songket berkodi-kodi
Tersusun indah di atas peti
Biar pun sedikit bernama budi
Guna menempah jasa bakti
20. Kait kelapa kukur kelapa
Kupas ubi buat pengat
Hendak ku lupa tak terlupa
Kerana budi sudah terpikat
Ikat dengan duri-durinya
Bagaimana aku tak ingat
Orang baik hati budinya
12. Banyak saya menabur padi
Padi habis dimakan amerang
Banyak saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
13. Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
14. Banyak duri perkara duri
Mana sama duri selasih
Banyak budi perkara budi
Manakan sama budi kekasih
15. Tanam cempedak di luar kota
Tumbuh rendang condong ke desa
Orang nan tak pandang harta
Tapi memandang budi bahasa
16. Inang-inang padi Pak Daik
Padi tak sama rupa bunganya
Sungguh ku kenang budi yang baik
Tidak ku lupa selama-lamanya
17. Kain berlipat dalam istana
Pakaian puteri raja kayangan
Sepatah nasihat ilmu yang berguna
Secubit budi jadi kenangan
18. Kain perai baju pun perai
Letak mari atas peti
Hancur badan tulang berkecai
Budi tuan dibawa mati
19. Kain songket berkodi-kodi
Tersusun indah di atas peti
Biar pun sedikit bernama budi
Guna menempah jasa bakti
20. Kait kelapa kukur kelapa
Kupas ubi buat pengat
Hendak ku lupa tak terlupa
Kerana budi sudah terpikat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan