Sabtu, 23 November 2019

Pantun Budi Siri 4

31.    Pacak lokan panggang lokan
Lokan tersangkut di papan kemudi
Kakak bukan saudara pun bukan
Tersangkut sedikit kerana budi

32.    Padi perak berdaun suasa
Emas merah warna buah
Sudah berbudi lagi berbahasa
Itulah tanda bistari bertuah

33.    Pucuk manis pucuk langgudi
Daun purut digetus rusa
Yang manis bernama budi
Yang indah itu bahasa

34.    Pucuk palas si daun palas
Tetak mari beranti-ranti
Bukan berbudi minta dibalas
Asal ingat di dalam hati

35.    Pulau Daik banyak kelapa
Pulau Karimon banyak pegaga
Budi baik payah dilupa
Beribu tahun dikenang juga

36.    Semenjak kentang dibuat gulai
Ubi tidak dikari lagi
Semenjak wang jadi pemakai
Budi jarang dipeduli lagi

37.    Tebang kayu  buatkan sampan
Sampan dibuat siap kemudi
Ikan mati kerana umpan
Manusia mati kerana budi

38.    Ulit tenang mudik suasih
Pergi ke teluk menorah papan
Bila terkenang budi kasih
Nasi sesenduk tidak termakan

39.    Anak angsa mati lemas
Lemas mati di air masin
Hilang bangsa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

40.    Banyak ubi perkara ubi
Ubi mana orang tanamkan
Banyak budi perkara budi
Budi yang mana orang kenangkan

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...