Kebaikan Bersenam.Bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat.
Jika keadaan fizikal anda sihat dan cergas, anda boleh melakukan apa sahaja pekerjaan dengan maksimum. Terdapat banyak kebaikan bersenam jika anda rajin melakukannya.
Bersenam bukan bermakna anda perlu menghabiskan waktu berjam-jam di pusat fitness ataupun di perkarangan tasik.Senaman seperti yoga atau ‘sit up’ tidak memerlukan waktu yang lama dan anda boleh melakukannya di ruang kediaman.
Jika anda betul-betul tidak mempunyai waktu untuk bersenam, anda hanya perlu mempraktikkan senaman yang paling mudah dan murah iaitu berjalan kaki!
Berikut beberapa kebaikan bersenam setiap hari yang boleh anda peroleh:
1. Memperkuatkan Jantung
Bersenam bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih sihat dan segar, malah memperkuatkan lagi keadaan jantung anda. Secara tak lansung tindakbalas jantung menjadi lebih efisien. Jantung juga akan terus berlatih sehingga menjadi lebih kuat. Otot jantung yang kuat berupaya membantu mencegah penyakit jantung.
2. Mengurangi Kadar Gula Darah
Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi energi. Ia penting untuk mengurangi risiko terkena diabetis dan penyakit kardiovaskular lain, yang disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal.
3. Menjaga Paru-Paru
Bersenam mamu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru itu sendiri. Selain itu, senaman teratur juga dapat membantu melancarkan pergaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.
4. Mengurangkan Berat Badan
Senaman dapat membantu mencegah kelebihan berat badan. Apabila ia dilakukan secara teratur, bermakna semakin banyak kalori yang terbakar.
5. Mengawal Tekanan Darah
Senaman mampu menurunkan stress serta mempengaruhi tekanan darah. Jika tahap stress anda menurun, maka tekanan darah pun akan turut serta menurun. Jadi, sebab itulah bersenam merupakan pilihan yang tepat ketika anda berasa penat dengan aktiviti yang telah dilakukan.
6. Elok Untuk Tulang & Sendi
Orang yang rajin bersenam memiliki tulang yang lebih padat dan kuat berbading dengan mereka yang liat atau malas bersenam. Bersenam juga elok untuk mencegah osteoporosis. Jarang bersenam juga boleh membuatkan sendi-sendi anda menjadi kaku dan lemah.
7. Kulit Jadi Lebih Sihat & Berseri
Salah satu menjaga kesihatan kulit yang wajar ada berikan perhatian adalah dengan bersenam. Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya. Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit.
Bersenam boleh mengurangi jerawat yang ada pada wajah dan tubuh anda. Jerawat biasanya muncul disebakan faktor luaran dan dalaman. Salah satu faktor dalaman yang mengundang timbulnya jerawat adalah stress. Bersenam akan membantu tubuh anda menjadi lebih relaks dan terhindar daripada stress.
8. Meningkatkan Konsentrasi
Perjalanan darah lancar ke otak disebabkan oleh senaman yang telah membuatkan fungsi kerja otak serta peningkatan kosenstrasi. Anda akan memiliki kosentrasi yang baik jika anda dapat bersenam secara teratur.
9. Menjadikan Kehidupan Seksual Bertambah Baik
Ketika anda berasa terlalu penat untuk melakukan hubungan seksual, bermakna ia memerlukan senaman. Latihan fizikal yang teratur boleh membuatkan anda menjadi lebih berenergi dan nampak ‘fresh’. Semua ini memberikan efek positif pada kehidupan seksual anda. Kebaikan bersenam memang tiada tandingannya buat wanita kerana ia mampu meningatkan ghairah seksualnya.
Follow us: Gempak.org on Facebook

Tiada ulasan:
Catat Ulasan