Rabu, 17 Ogos 2016

Seks Selepas Bersalin, Suami Kena Pandai Pancing Ghairah Isteri



Seks Selepas Bersalin.Bersalin atau melahirkan anak merupakan proses yang cukup trauma bagi seorang wanita.
Apatah lagi, apabila seorang ibu itu melahirkan melalui vagina, maka jaringan vagina yang halus akan menjadi tegang sehingga memerlukan waktu beberapa minggu untuk menyembuhkan kecederaan tersebut.
Pada trimester ketiga kehamilan, keinginan untuk melakukan hubungan seks begitu membuak-buak. Namun, selepas bersalin atau melahirkan hasrat untuk melakukan hubungan seks adalah perkara yang terakhir ada di fikiran.Enam minggu pertama setelah melahirkan disebut ‘periode postpartum’. Melakukan hubungan seks sepanjang tempoh tersebut biasanya jarang terjadi.
Keinginan untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin menurun terjadi kerana:
  1. Penyembuhan dari episiotomi (koyakan ketika melahirkan secara normal)
  2. Penyembuhan luka di perut setelah melahirkan anak secara pembedahan
  3. Perdarahan normal setelah melahirkan. Perdarahan inibiasanya terjadi selama empat sampai enam minggu.
  4. Kepenatan setelah kehamilan dan proses melahirkan.
  5. Tuntutan bayi anda (tuntutan meningkat jika anda memiliki anak kembar atau kembar tiga).
  6. Perubahan kadar hormone.
  7. Payudara sakit akibat proses menyusukan bayi.
  8. Masalah emosional, seperti sindrom setelah melahirkan, penat kerana merawat anak, atau permasalahan berkaitan hubungan dengan ayah si bayi.



Melakukan hubungan seks selepas bersalin ok, setelah semua luka atau koyakan dan anda merasakan jaringan halus di vagina telah sembuh. Penyembuhan tersebut biasanya memakan waktu selama beberapa minggu. Anda boleh meminta pandangan doktor sakit puan untuk mencadangkan waktu yang tepat untuk anda dan suami kembali melakukan hubungan intim.
Bagi wanita yang baru melahirkan biasanya akan muncul ketakutan dengan rasa sakit pada vaginanya. Para suami diisarankan tidak terburu-buru melakukan hubungan seksual dan cuba fahami keadaan isteri anda.

Jika isteri mengalami penurunan gairah seksual setelah melahirkan, ada baiknya suami mengerti dan memahami keadaan tersebut. Jika para suami terus memaksa ia boleh menimbulkan stress pada si isteri.

1. Pastikan Anda Benar-Benar Bersedia
Para suami juga digalakan melakukan urutan lembut agar si isteri berasa relaks dan secara perlahan-lahan ghairah seksnya akan kembali normal. Melakukan hubungan seks sebelum empat minggu selepas bersalin, bukan hanya boleh merosakan jahitan vagina yang belum pulih sepenuhnya setelah melahirkan, tetapi juga boleh membuatkan anda berhadapan dengan infeksi vagina. Melakukan hubungan seks ketika tubuh belum bersedia untuk seks juga hanya akan membuatkan anda berasa sakit, dan bukannya puas!

2. Lakukan Pemanasan
Anda dan suami mungkin akan terlalu bersemangat untuk melakukan hubungan seks setelah sekian lama tidak menikmatinya. Jangan abaikan untuk melakukan teknik pemanasan atau foreplay bagi meningkatkan keintiman dan menambahkan cecair vagina supaya seks yang anda nikmati tidak menyakitkan.


3. Gunakan Cecair Pelincir
Setelah keadaan anda pulih dari proses melahirkan, anda memerlukan cecair pelincir untuk memulakan seks. Cecair pelincir ini dapat membantu melicinkan vagina dan mengurangi rasa sakit, serta meningkatkan kenikmatan.

4. Pilih Posisi Yang Tepat
Carilah posisi seks yang tepat, sehingga hanya memberikan sedikit tekanan pada setiap jahitan vagina. Posisi wanita di atas atau ‘women on top’ boleh dijadikan pilihan dan pastikan melakukan seks dengan relaks dan tidak terburu-buru

5. Senaman Kegel
Setelah bersalin atau melahirkan anak, anda perlu membuat senaman kegel dengan menegangkan dan melepaskan vagina seperti ketika menahan kencing. Tujuannya adalah untuk mengepam aliran darah ke vagina dan mengembalikan kekencangan otot vagina agar kembali kuat seperti sebelum melahirkan.

6. Elakkan Merangsang Payudara
Jumlah air susu badan yang keluar dari payudara cukup banyak setelah melahirkan. Keadaan ini tentunya membuatkan si suami berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan seks. Apatah lagi, ketika merangsang payudara. Namun, keluarnya air susu badan tersebut tidak boleh dihindari.
Jalan terbaik, elakkan daripada merangsang payudara. Masih banyak bahagian ataupun kawasan yang boleh membangkitkan ghairah si isteri. Misalnya, di leher, bibir, paha, telinga dan sebagainya.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel yang cukup bermanfaat ini.
Follow us: Gempak.org on Facebook
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...