Daripada Musa bin Ubaidah daripada Ali bin Abu Talib Rasulullah bersabda:
“Doa yang paling banyak aku pohonkan pada hari Arafah adalah doa para Nabi iaitu;
“Doa yang paling banyak aku pohonkan pada hari Arafah adalah doa para Nabi iaitu;
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu untukNya, kepunyaanNyalah segala kerajaan dan pujian dan Dia amat berkuasa atas segala-galanya. Wahai Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada telingaku cahaya, pada penglihatanku cahaya. Wahai Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada was-was dada dan fitnah kubur dan urusan yang tidak teratur. Wahai Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang datang pada waktu malam dan kejahatan yang datang pada waktu siang dan daripada kejahatan yang dibawa oleh tiupan angin dan daripada kejahatan tahun.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan